BERITA SEMASA

HSR: Cadangan baharu belum dikemukakan

KUALA LUMPUR – : Cadangan baharu berhubung projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura akan dikemukakan kepada republik itu selepas kerajaan mencapai kata sepakat mengenainya.

Perdana Menteri berkata, Perdana Menteri berkata, cadangan itu akan dikemukakan kepada Singapura selepas dimuktamadkan oleh Kementerian Pengangkutan.

“Itu belum, baru di peringkat kita (perbincangan peringkat kementerian).

“Sebaik sahaja ada keputusan awal, barulah, Anthony Loke (Menteri Pengangkutan) akan membawanya kepada perhatian Singapura,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sidang Kemuncak Tahun Pengkomersilan Malaysia 2023 di Pusat Persidangan dan Acara Connexion, di sini hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan Singapura belum menerima sebarang cadangan baharu daripada Malaysia berhubung projek HSR.

Bagaimanapun, Menteri Pengangkutan Singapura, Chee Hong Tat berkata, mereka bersedia untuk membincangkan pelaksanaan projek itu dengan Malaysia.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button