BERITA SEMASA

PM Anwar umum penghargaan buat rakyat Malaysia pagi esok

CYBERJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membuat pengumuman istimewa buat rakyat Malaysia pagi esok.

Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, pengumuman itu akan dibuat pada pukul 10.30 pagi.

“YAB Perdana Menteri akan membuat pengumuman berkenaan penghargaan buat semua rakyat Malaysia pada 10.30 pagi, Rabu 23 Julai 2025.

“Nantikan,” katanya dalam satu hantaran di akaun Facebook miliknya, hari ini.

Perdana Menteri sebelum ini dilaporkan sebagai berkata, akan mengumumkan penghargaan luar biasa kepada rakyat Malaysia.

Semalam, beliau dipetik sebagai berkata, beliau memerlukan sedikit masa untuk meneliti pengumuman terbabit susulan pemukiman Kerajaan Perpaduan di Port Dickson, Negeri Sembilan.

“Keresahan ini memerlukan saya pertimbangkan perubahan dan pengumuman yang perlu dibuat bagi meredakan tuntutan mereka.

“Saya sudah nyatakan dalam sehari dua ini, saya perlu buat pengumuman sama ada dalam bentuk langkah tambahan atau sebagainya, tetapi ia perlukan sedikit masa untuk diteliti dengan sebaiknya,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Sebelum ini, Anwar dalam hantaran di laman sosial Facebook memaklumkan akan membuat satu pengumuman besar sebagai penghargaan luar biasa untuk rakyat Malaysia.

Bagaimanapun, tiada perincian dinyatakan apa bentuk pengumuman berkenaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button