POLITIK

Pemilihan PKR: Elak monopoli kuasa, utamakan kerjasama

JOHOR BAHRU – Calon yang menang pada Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kali ini diingatkan supaya tidak memonopoli kuasa, sebaliknya terus bekerjasama dengan semua pihak demi mengukuhkan parti.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kekuatan PKR bergantung kepada kesatuan semua pemimpin tanpa mengira keputusan pemilihan, dan pengalaman lalu wajar dijadikan iktibar untuk bergerak ke hadapan.

“Jangan kita andaikan yang menang kalah itu monopoli. Kita belajar pengalaman daripada kelemahan, beri sumbangan sebaiknya.

“Saya tak bertanding pun saya belajar (daripada pengalaman), pedih (akibat kalah) macam mana pun saya dengar.

“Yang tidak menang, saya akan pilih yang terbaik, saya akan bantu kerana agenda perjuangan ini lebih besar daripada Anwar. Saya nak pastikan ada kekuatan yang kita mahukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap ketika Perasmian Kongres Nasional PKR 2025 di Pusat Konvensyen Persada Antarabangsa, di sini malam tadi.

Beliau kemudiannya turut menegaskan, perjuangan parti adalah lebih utama daripada kepentingan peribadi.

“Saya juga ada pandangan tetapi tidak sekeras Rafizi, tapi degil lebih kurang, keras kepala pun lebih kurang,” ujarnya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button