PM arah KSN pantau BDR penjawat awam
PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengarahkan pelaksanaan dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) bagi sektor awam Persekutuan dipantau.
Jurucakap Kerajaan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, arahan kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar itu antara lain untuk memastikan keberadaan penjawat awam yang diberikan kelonggaran berkenaan pada setiap masa.
Biarpun diberikan kelonggaran untuk BDR, penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada rakyat khususnya urusan di kaunter terus beroperasi seperti biasa.
“Hari ini, 15 April hari pertama dasar BDR mula dilaksana bagi sektor perkhidmatan awam Persekutuan di seluruh negara.
“Perdana Menteri mengarahkan KSN meneliti pelaksanaan termasuk pengesahan keberadaan pekerja (penjawat awam) pada setiap masa,” katanya dalam sidang media mingguan pasca-Kabinet, hari ini.
Beliau seterusnya menambah, kerajaan turut menyarankan supaya sektor swasta untuk mempertimbang pelaksanaan dasar sama di organisasi masing-masing membabitkan bahagian tertentu yang difikirkan bersesuaian.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |

















