Iran benarkan kapal Malaysia lalui Selat Hormuz – Anwar
PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Iran membenarkan kapal tangki Malaysia melalui Selat Hormuz selepas rundingan dengan pemimpin Iran, Turki dan negara serantau lain.
Beliau turut berterima kasih kepada Presiden Iran, Masoud Pezeshkian di atas persetujuan mereka memberikan laluan selamat kepada kapal-kapal Malaysia.
“Kita kini dalam proses melepaskan kapal tangki minyak Malaysia serta pekerja yang terlibat supaya mereka dapat meneruskan perjalanan pulang,” katanya.
Anwar berkata demikian ketika menyampaikan Perutusan Khas berhubung langkah strategik negara dalam memperkukuh kesiapsiagaan mendepani krisis tenaga global susulan konflik di Asia Barat, hari ini.
Iran sebelum ini menyatakan bahawa ia akan membenarkan kapal “bukan musuhnya” melalui laluan tersebut dengan selamat, yang pada dasarnya ditutup kepada kapal tangki sejak kempen ketenteraan Amerika Syarikat-Israel bermula bulan lalu.
Kementerian Luar Iran mentakrifkan kapal tidak bermusuhan sebagai kapal yang “tidak terlibat atau menyokong tindakan agresif terhadap Iran” serta bukan milik Amerika Syarikat (AS) atau Israel.
Beberapa negara turut memaklumkan bahawa kapal mereka telah dibenarkan melalui laluan sempit itu, termasuk India dan Thailand.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








