LUAR NEGARA
Trump dakwa Iran minta gencatan senjata
WASHINGTON – Donald Trump mendakwa Iran meminta Amerika Syarikat untuk melaksanakan gencatan senjata bagi menamatkan konflik di Asia Barat.
Menerusi satu hantaran di laman Facebooknya, Trump berkata, pihaknya bersedia untuk mengadakan gencatan senjata dengan beberapa syarat.
“Presiden baharu Iran, yang jauh kurang radikal dan lebih bijak berbanding pendahulunya, baru sahaja meminta Amerika Syarikat untuk gencatan senjata.
“Kami akan mempertimbangkannya apabila Selat Hormuz dibuka, bebas dan selamat.
“Sehingga itu, kami akan terus menghancurkan Iran sepenuhnya atau, seperti yang mereka katakan, kembali ke Zaman Batu,” katanya.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








