BERITA SEMASAPMX

Anwar kutuk serangan Israel ke atas Iran, desak diplomasi diutamakan

KUALA LUMPUR – Tindakan ketenteraan Israel ke atas Iran yang disertai campur tangan Amerika Syarikat (AS) disifatkan sebagai usaha jahat yang boleh menjerumuskan Asia Barat ke ambang malapetaka, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, serangan yang dimulakan Israel itu merupakan percubaan keji untuk mensabotaj rundingan yang sedang berlangsung selain mengheret negara-negara lain ke dalam konflik yang berpotensi sukar dibendung.

Menurut beliau, keadaan tersebut meletakkan rantau Asia Barat dalam risiko bencana besar sekiranya ketegangan terus memuncak tanpa sebarang usaha meredakan keadaan.

Sehubungan itu, beliau menegaskan bahawa penghentian segera dan tanpa syarat terhadap segala bentuk permusuhan adalah amat penting bagi mengelakkan situasi menjadi lebih parah.

“Saya menggesa Amerika Syarikat dan Iran agar memilih jalan diplomasi sebagai laluan keluar daripada krisis ini berbanding terus meningkatkan ketegangan,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Dalam masa sama, beliau turut menyeru komuniti antarabangsa supaya bertindak dengan segera dan tanpa mengamalkan sebarang pendirian berat sebelah dalam menangani konflik tersebut.

Perdana Menteri turut menyuarakan kebimbangan terhadap keselamatan rakyat Malaysia yang berada di Iran serta di kawasan lain di rantau berkenaan.

Beliau memaklumkan akan berhubung dengan rakan-rakan serantau bagi membincangkan langkah seterusnya berhubung perkara tersebut.

KUALA LUMPUR: Tindakan ketenteraan Israel ke atas Iran yang disertai campur tangan Amerika Syarikat disifatkan sebagai usaha keji yang boleh menjerumuskan Asia Barat ke ambang malapetaka.

Perdana Menteri, **Anwar Ibrahim**, berkata, serangan yang dimulakan Israel itu merupakan percubaan untuk mensabotaj rundingan yang sedang berlangsung selain mengheret negara-negara lain ke dalam konflik yang berpotensi sukar dibendung.

Menurut beliau, keadaan tersebut meletakkan rantau Asia Barat dalam risiko bencana besar sekiranya ketegangan terus memuncak tanpa usaha meredakan keadaan.

Sehubungan itu, beliau menegaskan bahawa penghentian segera dan tanpa syarat terhadap segala bentuk permusuhan adalah amat penting bagi mengelakkan situasi menjadi lebih parah.

“Saya menggesa Amerika Syarikat dan Iran agar memilih jalan diplomasi sebagai laluan keluar daripada krisis ini berbanding terus meningkatkan ketegangan,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam masa sama, beliau turut menyeru komuniti antarabangsa supaya bertindak dengan segera dan tanpa mengamalkan pendirian berat sebelah dalam menangani konflik tersebut.

Perdana Menteri turut menyuarakan kebimbangan terhadap keselamatan rakyat Malaysia yang berada di Iran serta di kawasan lain di rantau berkenaan dan memaklumkan akan berhubung dengan rakan serantau bagi membincangkan langkah seterusnya.

Israel dilaporkan melancarkan serangan awal terhadap Iran hari ini, disusuli serangan oleh Amerika Syarikat, sekali gus mencetuskan semula konfrontasi ketenteraan di Asia Barat susulan pertikaian program nuklear Tehran.

Dua pegawai Amerika Syarikat memberitahu Reuters bahawa tentera negara itu memulakan beberapa siri serangan terhadap sasaran di Iran, namun skop operasi udara dan laut berkenaan tidak diperincikan.

Seorang pegawai Iran pula dipetik agensi berita sama sebagai berkata, Tehran sedang bersiap sedia untuk melancarkan tindak balas yang dahsyat.

Sumber turut memaklumkan bahawa Pemimpin Tertinggi Iran, Ali Khamenei tidak berada di Tehran dan telah dipindahkan ke lokasi selamat.

Serangan terbaharu itu menyusul selepas perang udara selama 12 hari pada Jun antara Israel dan Iran serta amaran berulang kali Amerika Syarikat dan Israel bahawa mereka akan melancarkan serangan sekali lagi sekiranya Iran meneruskan program nuklear dan peluru berpandu balistiknya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button