LUAR NEGARA

Iran lancar serangan ke atas pangkalan AS di Iraq, Qatar

DUBAI – Iran melancarkan serangan peluru berpandu ke atas dua buah pangkalan Amerika Syarikat (AS) di Iraq dan Qatar, malam ini.

Menurut sumber, serangan itu dilancarkan ke atas Pangkalan Udara Al-Harir di Iraq dan Pangkalan Udara al-Udeid di Qatar.

Setakat ini, maklumat mengatakan sebanyak enam peluru berpandu disasarkan ke Qatar, manakala satu ke Iraq dengan kesemuanya berjaya dipintas pasukan pertahanan udara.

Untuk rekod, Pangkalan Udara al-Udeid yang terletak di barat daya ibu kota Doha, Qatar merupakan pangkalan hadapan bagi Markas Pemerintahan Tengah (CENTCOM) AS.

Markas ini merupakan markas utama bagi pihak AS mengarahkan operasi ketenteraannya di kawasan yang luas, merangkumi Mesir di barat hingga Kazakhstan di timur.

Ditubuhkan melalui perjanjian kerjasama pertahanan pada tahun 1996, ia merupakan pangkalan AS terbesar di rantau berkenaan dan menempatkan kira-kira 10,000 anggota tentera.

Sementara itu, rangkaian televisyen Iran, IRIB mengumumkan permulaan Operasi Basharat al-fatah iaitu misi mengebom pangkalan AS di Asia Barat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button