BISNES & EKONOMI

SSFHOME tawar diskaun sehingga 50 peratus menerusi kempen New Style, Big Value

KUALA LUMPUR – Pengguna berpeluang mendapatkan perabot dan dekorasi kediaman pada harga lebih berpatutan menerusi kempen New Style, Big Value oleh SSFHOME yang menawarkan diskaun sehingga 50 peratus bagi produk terpilih.

Sebagai jenama kelengkapan rumah yang mempunyai pengalaman lebih 30 tahun di Malaysia, SSFHOME berkata, pihaknya terus menawarkan pelbagai pilihan perabot, dekorasi dan aksesori kediaman bagi memenuhi keperluan serta cita rasa pengguna.

Menurut SSFHOME, kempen berkenaan merupakan kesinambungan usaha syarikat untuk membantu lebih ramai rakyat Malaysia melengkapkan kediaman dengan pilihan yang menarik, selesa dan bergaya tanpa perlu berbelanja di luar kemampuan.

ssfhome
Kempen New Style, Big Value SSFHOME menampilkan pelbagai tawaran menarik bagi produk perabot dan dekorasi kediaman terpilih.

“SSFHOME percaya setiap keluarga berhak menikmati kediaman yang cantik dan selesa. Justeru, setiap koleksi yang ditawarkan dipilih dengan teliti bagi memastikan pelanggan mendapat gabungan reka bentuk moden, fungsi praktikal dan harga berpatutan

“Daripada sofa, meja makan, kabinet dan lampu hiasan hingga langsir, karpet serta pelbagai aksesori dekorasi, rangkaian produk itu memberi pilihan kepada pengguna untuk memperbaharui ruang kediaman mengikut gaya dan bajet masing-masing,” katanya dalam kenyataan.

Kempen berkenaan menampilkan pelbagai produk pilihan bulanan pada harga istimewa dan nilai terbaik khusus untuk ahli SSFHOME VIP.

Menerusi kempen New Style, Big Value, SSFHOME berharap dapat memudahkan pengguna mendapatkan perabot dan aksesori kediaman idaman menerusi pelbagai tawaran menarik, termasuk diskaun sehingga 50 peratus bagi produk terpilih.

ssfhome
Pelanggan berpeluang mendapatkan pelbagai pilihan perabot dan barangan dekorasi kediaman pada harga istimewa menerusi kempen SSFHOME.

Sementara itu, pengalaman lebih tiga dekad dalam industri kelengkapan rumah turut membolehkan SSFHOME memenuhi keperluan pelbagai golongan, termasuk pasangan yang baru mendirikan rumah tangga serta keluarga yang ingin menaik taraf kediaman mereka.

Syarikat itu berkata, sokongan pelanggan selama ini diterjemahkan melalui prestasi perniagaan yang terus berkembang, dengan pertumbuhan jualan dan keuntungan mencerminkan keyakinan pengguna terhadap produk serta perkhidmatan yang ditawarkan.

Orang ramai boleh mengunjungi mana-mana cawangan SSFHOME di seluruh Malaysia atau membeli-belah secara dalam talian menerusi laman sesawang www.ssfhome.com untuk mendapatkan tawaran terkini.

Walau bagaimanapun, semua promosi adalah tertakluk kepada terma dan syarat serta promosi semasa.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button