LUAR NEGARA

Trump dakwa perang Iran hampir tamat, beri tempoh hingga tiga minggu

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menjangkakan konflik ketenteraan melibatkan Iran akan berakhir dalam tempoh dua hingga tiga minggu lagi, sambil menyifatkan operasi tersebut kini berada di fasa akhir.

Dalam ucapan yang disiarkan secara langsung dari White House malam tadi, Trump menegaskan bahawa kempen ketenteraan yang dikenali sebagai Operation Epic Fury menunjukkan perkembangan positif dan bakal ditamatkan dalam masa terdekat.

“Kita akan menamatkan misi ini dan kita akan melakukannya dengan sangat pantas,” katanya memetik laporan agensi berita CNBC.

Bagaimanapun, ucapan tersebut dilaporkan memberi kesan negatif kepada pasaran global apabila harga minyak dan pasaran saham menunjukkan reaksi penurunan sejurus selepas pengumuman itu.

Konflik antara AS-Israel dengan Iran dilaporkan bermula pada 28 Februari lalu menerusi siri serangan ke atas beberapa lokasi strategik di negara itu.

Ia termasuk satu serangan yang mengorbankan pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei.

Sementara itu, Ketua Minoriti Senat dari Parti Demokrat, Chuck Schumer mengkritik keras ucapan Trump dengan menyifatkannya sebagai tidak tersusun dan lemah.

Beliau turut mempersoalkan sama ada pernah wujud ucapan perang presiden yang ‘lebih bercelaru, tidak teratur dan menyedihkan’ daripada itu.

“Langkah Trump di Iran akan dianggap sebagai antara kesilapan dasar terbesar dalam sejarah negara, gagal menjelaskan objektif, menjauhkan sekutu serta mengabaikan isu kehidupan rakyat,” katanya dalam satu hantaran di platform X.

Schumer turut memberi amaran bahawa Trump tidak layak untuk memegang jawatan sebagai Panglima Tertinggi, malah mendakwa perkara itu turut disedari oleh masyarakat antarabangsa.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button