Konflik Iran jejas gaya hidup rakyat Israel, tidur merosot
BAITULMAQDIS – Tekanan akibat konflik berpanjangan antara Iran dan Israel dilapor memberi kesan ketara terhadap gaya hidup penduduk, termasuk kemerosotan tahap kesihatan fizikal serta gangguan pola tidur.
Akhbar The Jerusalem Post melaporkan, satu kajian terbaharu oleh penyelidik dari Hebrew University of Jerusalem mendapati hampir dua pertiga responden mengalami penurunan aktiviti fizikal selain tempoh tidur yang semakin berkurang.
Kajian yang diketuai ahli epidemiologi dan pakar diet klinikal Dr. Roni Lotan serta Prof Eyal Pe’er itu turut menunjukkan peningkatan ketara dalam pengambilan makanan ultra-proses apabila lebih separuh peserta mengakui kecenderungan lebih tinggi terhadap makanan manis dan pastri.

Sebaliknya, pengambilan makanan segar seperti buah-buahan dan sayur-sayuran didapati menurun sepanjang tempoh konflik.
Dalam masa sama, penggunaan alkohol juga dilaporkan meningkat, dengan kesannya terhadap corak pemakanan lebih ketara dalam kalangan wanita berbanding lelaki.
Penyelidikan berkenaan turut mengenal pasti hubungan antara peningkatan pengambilan makanan ultra-proses dengan penurunan aktiviti fizikal, khususnya dalam kalangan individu yang mengalami kekurangan tidur.
Bagi kumpulan perokok, terdapat peningkatan jumlah rokok yang dihisap setiap hari walaupun saiz sampel bagi kategori tersebut adalah terhad.
Selain itu, kekerapan siren amaran serangan udara dikenal pasti sebagai antara faktor utama yang menyumbang kepada gangguan tidur dan penurunan tahap aktiviti fizikal, sekali gus mencerminkan tekanan berterusan yang dialami penduduk sepanjang konflik.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








