BERITA SEMASA

Malaysia kecam serangan Israel keatas konvoi bantuan kemanusiaan

PUTRAJAYA – Kementerian Luar mengutuk keras serangan yang dilakukan oleh negara haram Israel terhadap konvoi bantuan kemanusiaan yang menuju ke Gaza dari Jordan kelmarin.

Menurut Kementerian Luar, tindakan serangan tersebut merupakan suatu pelanggaran serius terhadap undang-undang antarabangsa dan undang-undang kemanusiaan.

“Kami mengecam tindakan kejam yang dilakukan oleh pelampau Israel terhadap konvoi bantuan kemanusiaan yang tidak bersenjata.

“Rejim Israel perlu bertanggungjawab penuh keatas pihak pelampaunya,” katanya dalam kenyataan media.

Jelasnya, serangan tersebut menunjukkan ketidakpedulian rejim Israel terhadap keselamatan dan kesejahteraan rakyat Palestin dan pihak yang tidak bersalah.

Dalam pada itu, katanya serangan tersebut menunjukkan kegagalan Israel dalam memastikan keselamatan laluan kepada bantuan kemanusiaan yang sedang dijalankan.

Sementara itu, mereka menggesa supaya komuniti antarabangsa untuk mengambil tindakan tegas dan menekan Israel segera mengakhiri serangan keganasan Israel kepada rakyat Palestin.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button