Tamatkan 8 perang dalam tempoh 8 bulan, Trump digelar ‘Presiden Keamanan’
WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump digelar sebagai “The President of Peace” (Presiden Keamanan) selepas dikatakan berjaya menamatkan lapan konflik bersenjata di seluruh dunia.
Melalui hantaran di media sosial, U.S Department of State berkongsi kejayaan Trump mengakhiri peperangan tersebut dalam tempoh lapan bulan.
Antara konflik dan perang yang dikatakan telah diselesaikan termasuk pertelingkahan antara Kemboja dan Thailand, Kosovo dan Serbia, Republik Demokratik Congo dan Rwanda, Pakistan dan India, Israel dan Iran, Mesir dan Ethiopia, Armenia dan Azerbaijan serta terbaharu, Israel dan Hamas.
Status itu mendapat perhatian luas di media sosial dengan mencatatkan lebih 10,000 reaksi, 2,800 komen dan 1,200 perkongsian semula.
Reaksi warganet pula bercampur antara kelakar, skeptikal dan kritikal.
“Tell us more jokes!” tulis Erin Halliburton.
Rodney Gibson pula berkata: “If he ends so many wars, can he please teach how to stop fighting with my wife?”
Seorang lagi pengguna, Paul Keane berseloroh: “I heard that Mars and Venus are at war. Maybe he can solve that one too.”
Kenyataan itu turut menimbulkan perdebatan hangat mengenai peranan Trump dalam diplomasi global dan keberkesanan dakwaan penyelesaian konflik dalam tempoh singkat.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








