Trump mahu gelandangan dipindahkan jauh dari ibu negara AS
WASHINGTON – Donald Trump menyuarakan hasrat untuk memindahkan golongan gelandangan dari ibu negara serta memenjarakan penjenayah, meskipun Datuk Bandar Washington menafikan wujudnya peningkatan ketara dalam kadar jenayah ketika ini.
Menurut Presiden Amerika Syarikat, golongan gelandangan perlu dipindahkan serta-merta, dengan kerajaan menyediakan tempat tinggal baharu yang terletak jauh dari ibu negara.
“Mereka yang gelandangan perlu dipindahkan serta-merta. Kami akan sediakan tempat tinggal, tetapi jauh dari ibu negara.
“Penjenayah pula tidak perlu berpindah. Kami akan masukkan anda ke dalam penjara seperti sepatutnya,” katanya menerusi platform media sosial Truth Social semalam.
Terdahulu, pada 6 Ogos, Trump turut menyatakan kesediaan untuk menggunakan Pasukan Pengawal Kebangsaan bagi mengawal keselamatan di jalan-jalan sekitar Washington DC.
Langkah itu sekali gus menjadi ancaman terbaharu pihaknya untuk mengambil alih pentadbiran bandar yang juga pusat pemerintahan kerajaan Amerika Syarikat.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








