LUAR NEGARA
AS tidak mahu perubahan rejim di Iran – Trump
WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengakui beliau tidak mahu melihat “perubahan rejim” berlaku di Iran.
Menurut Reuters, Trump mengakui sekira perubahan rejim dilaksanakan, ia akan “membawa kepada kekacauan.”
Beliau berkata demikian kepda wartawan di atas pesawat Air Force One ketika dalam perjalanan menghadiri sidang kemuncak NATO di The Hague, Belanda yang berlangsung esok.
Trump turut dilaporkan sebagai berkata, Iran tidak akan memiliki senjata nuklear dan memaklumkan bahawa Presiden Rusia, Vladimir Putin, telah menghubunginya dan menawarkan bantuan berkenaan isu Iran.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







