Fazley Yaakob titip ucapan romantis buat Datuk Seri Vida, tak sabar ke pelamin
KUALA LUMPUR – Hasrat untuk melangkah ke alam perkahwinan menjadi antara luahan mencuri perhatian apabila cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob, menitipkan ucapan hari lahir penuh romantis buat usahawan, Datuk Seri Vida.
Menerusi perkongsian di Threads, Fazley meluahkan rasa syukur kerana kehadiran Vida dalam hidupnya membawa kebahagiaan, selain menyifatkan wanita itu sebagai individu yang sentiasa menceriakan hari-harinya.
Lebih mencuri perhatian, Fazley turut menyuarakan hasrat untuk membina kehidupan bersama Vida dan berharap segala urusan mereka menuju ke alam perkahwinan dipermudahkan.
“Selamat hari jadi sayang. Jujur saya cakap, saya rasa bertuah sayang bidadari paling comel dan selalu ceriakan hidup saya. Tak sabar rasanya nak sehidup semati. Saya sayang awak ketat-ketat. Semoga dipermudahkan urusan kita ke pelamin,” katanya.
Dalam ucapan sama, Fazley turut berjanji untuk sentiasa menjaga kebahagiaan Vida serta mengharungi segala cabaran kehidupan bersama-sama.
“Abang nak jaga sayang, nak tengok sayang senyum selalu. Susah senang, kita hadap sama-sama. Saya cinta awak, sayang. Selamanya abang awak. Tak sabar nak sarapan bihun goreng bodo cicah budu,” katanya.
Perkongsian itu turut disertakan dengan foto mereka bersama, selain luahan Fazley mengenai sisi peribadi Vida yang disifatkannya berbeza daripada imej wanita itu yang dikenali ramai.
Menurut Fazley, di sebalik ketegasan dan kekuatan Vida sebagai seorang usahawan, terdapat sisi lembut, manja serta penuh kasih sayang yang membuatkan dirinya jatuh hati.
“Di sebalik wanita yang hebat dan kuat. Saya jatuh hati pada satu hati yang lembut, manja dan penuh kasih sayang,” ujarnya.
Dia turut menyifatkan pertemuan mereka sebagai satu ketentuan yang disyukuri, selain berharap hubungan itu terus dipelihara dengan kasih sayang dan sikap saling menghargai.
“Kadang kala, cinta datang tanpa dijangka dan saya sangat bersyukur Allah hadirkan sayang dalam hidup saya.
“Saya tak minta cinta yang sempurna, cukup kita saling menjaga, menyayangi dan membahagiakan hingga ke syurga,” katanya.
Luahan romantis itu memperlihatkan penghargaan Fazley terhadap Vida, selain harapannya agar hubungan mereka terus dipermudahkan menuju fasa seterusnya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








