Malek Rahman umum perkahwinan, pilih Dang Suria sebagai isteri
KUALA LUMPUR – Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Malek Rahman mengesahkan telah mendirikan rumah tangga dengan bekas personaliti televisyen, Dang Suria Zainudin dalam satu majlis yang berlangsung semalam.
Perkhabaran itu dikongsi sendiri oleh Malek menerusi beberapa foto majlis pernikahan yang memperlihatkan pasangan mempelai mengenakan busana serba putih.
Dalam kapsyen yang dimuat naik, beliau meluahkan rasa syukur kerana diberi peluang sekali lagi merasai kebahagiaan berumah tangga, selain memohon doa agar perkahwinan tersebut berkekalan hingga ke akhir hayat.
“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana masih dipanjangkan usia untuk kembali merasai nikmat perkahwinan.
“Semoga ikatan cinta dua hati ini kekal sehingga jannah. Doakan kebahagiaan ini berkekalan hingga akhir hayat. Malek Rahman sudah ‘off market’,” tulisnya.
Menerusi hantaran itu, Malek turut memaklumkan beliau menyerahkan mas kahwin sebanyak RM7,000 kepada Dang Suria.
Bagaimanapun, Dang Suria, 54, masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung perkahwinan itu.
Untuk rekod, Dang Suria pernah berkahwin dengan Abu Bakar Atan sebelum bercerai pada 2004 dan kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan Ad Samad pada 2009, namun berpisah.
Malek juga sebelum ini dilaporkan pernah melalui kegagalan dalam perkahwinan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |




