BERITA SEMASAPMX

Malaysia pertimbang import daging dari Pakistan – PM

PUTRAJAYA – Cadangan Pakistan untuk mengeksport daging ke Malaysia akan diteliti, selari dengan usaha kerajaan memperkukuh hubungan dagangan serta memperluas kerjasama ekonomi dua hala, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, perkara itu menjadi antara tumpuan utama perbincangan beliau dengan rakan sejawatnya, Muhammad Shehbaz Sharif, sempena lawatan rasmi Perdana Menteri Pakistan ke Malaysia selama tiga hari bermula semalam.

“Kita akan melihat perkara ini dan seperti saya katakan, jika harganya kompetitif dan mereka menyebut nilai eksport sehingga AS$200 juta, kita akan teruskan,” katanya pada sidang akhbar selepas menyaksikan pertukaran enam memorandum persefahaman (MoU) antara kedua-dua negara di sini hari ini.

Langkah tersebut, katanya, mencerminkan komitmen kedua-dua negara untuk memperkukuh daya saing serantau, memperluas jaringan perdagangan serta membuka peluang kerjasama strategik dalam pelbagai sektor berpotensi.

Anwar menegaskan, hubungan Malaysia dan Pakistan tidak hanya berpaksikan sejarah, tetapi turut digerakkan oleh keyakinan terhadap potensi baharu dalam bidang ekonomi dan pembangunan manusia.

“Kita percaya hubungan Malaysia dan Pakistan tidak hanya berasaskan sejarah, tetapi kepada keyakinan bahawa sinergi antara kedua-dua negara mampu membuka ruang baharu dalam bidang ekonomi dan pembangunan manusia,” katanya.

Terdahulu, Muhammad Shehbaz memulakan lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia dengan menerima sambutan negara di Kompleks Perdana Putra, pagi tadi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button