Facebook, Whatsapp jadi platform utama penipuan dalam talian
KUALA LUMPUR – Jumlah kerugian akibat penipuan melalui plaform Facebook pada tahun 2023 mencecah RM500 juta, menjadikannya saluran yang paling kerap digunakan untuk tujuan penipuan atau scam.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, selain Facebook, platform lain yang kerap digunakan penjenayah termasuk aplikasi Whatsapp, Telegram dan TikTok .
“Kerugian akibat penipuan dalam talian yang pada tahun 2023 mencecah RM500 juta, hanya melibatkan platform Facebook, menjadikan angka itu dijangka jauh lebih besar jika merangkumi media sosial lain.
““Beberapa langkah sudah diambil antaranya melesenkan platform media sosial, menyekat beberapa perkara termasuk takrif kepada jenayah scam serta pindaan kepada Akta Komunikasi dan Multimedia yang sudah diluluskan di Dewan Rakyat,” katanya selepas program Ihsan Komuniti Madani di Kampung Baru Nelayan.
Fahmi turut mendedahkan bahawa ‘scammer; turut menjadikan bantuan kerajaan sebagai kaedah penipuan, sekali gus mampu memerdaya mangsa selain menyamar diri sebagai pihak dari agensi-agensi penguatkuasaan.
Menurut beliau, aplikasi TikTok juga merekodkan jumlah penipuan yang tinggi.
Beliau berkata, pelbagai langkah sudah diambil termasuk melesenkan platform media sosial serta membuat pindaan kepada Akta Komunikasi dan Multimedia untuk menangani jenayah siber.
“Kempen kesedaran akan dijalankan bermula di sekolah bagi meningkatkan pengetahuan ibu bapa, guru dan murid tentang cara mengelak menjadi mangsa penipuan siber,” katanya.
Beliau turut mengingatkan rakyat agar lebih berhati-hati kerana taktik penjenayah siber kini semakin licik dengan menggunakan akaun palsu bantuan kerajaan sebagai modus operandi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








