PMX

PM akan adakan pertemuan dengan Petronas bincang projek di Pengerang

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar memaklumkan akan mengadakan pertemuan dengan Petronas minggu ini bagi membincangkan kerjasama syarikat Sausi Aramco di Kompleks Bersepadu Pengerang, Johor.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, syarikat minyak dan gas terbesar dunia itu sebelum ini sudah menyatakan komitmen mereka untuk memperluaskan fasilitinya di Pengerang.

“Saya akan bincangkan dengan Petronas dalam masa satu atau dua hari ini kerana ada tiga perkara pokok.

“Dua sudah selesai, satu ada masalah sedikit yang harus kita putuskan di peringkat kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat pada Perhimpunan Warga Kementerian Kewangan bersama Perdana Menteri di sini, hari ini.

Terdahulu, pada Oktober tahun lalu, Anwar dilaporkan berkata bahawa Saudi Aramco komited untuk memperluaskan fasilitinya di Kompleks Bersepadu Pengerang, Johor dengan menambah aktiviti hiliran petrokimia dan gas supaya ia menjadi hab terbesar di Asia Tenggara.

Selain itu, Presiden (Hiliran) Aramco, Mohammed Y Al Qahtani, berkata syarikat itu teruja dengan projek Pengerang dan bersedia mengembangkan operasinya pada masa hadapan.

Sebagai rekod, Saudi Aramco ialah salah satu daripada syarikat tenaga dan kimia bersepadu terbesar di dunia.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button