Asyraf Wajdi nafi terbabit perjanjian pajakan hotel TH di Makkah, Madinah
KUALA LUMPUR – Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menafikan mempunyai sebarang kuasa atau penglibatan dalam proses dan kelulusan perjanjian Tabung Haji (TH), termasuk perjanjian lanjutan pajakan hotel di Madinah dan Makkah dengan syarikat Al-Rawda pada 2017.
Setiausaha Agung UMNO itu berkata, dakwaan yang cuba mengaitkannya dengan keputusan berkenaan adalah tidak berasas kerana jawatan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang disandangnya ketika itu tidak mempunyai kuasa terhadap perjalanan dan operasi TH.
“Wah bersungguh-sungguh nampaknya nak burukkan dan bunuh imej saya dengan cuba kaitkan saya dengan apa juga isu Tabung Haji.
“Untuk pengetahuan, saya diminta menjadi Ketua Jemaah Haji Malaysia pada tahun 2017 menggantikan Menteri. Kebetulan saya ada di Makkah, maka saya dijemput mewakili Menteri menghadiri majlis tersebut,” katanya menerusi hantaran di Threads.
Asyraf Wajdi berkata, kehadirannya pada majlis berkenaan adalah atas kapasiti mewakili menteri dan bukan sebagai pihak yang terlibat dalam proses membuat keputusan atau meluluskan perjanjian TH.
“Untuk pengetahuan juga, Timbalan Menteri tiada sebarang kuasa untuk terlibat dalam proses mahupun meluluskan apa jua perjalanan dan operasi apatah lagi perjanjian TH,” katanya.
Gambar yang dikongsikan menunjukkan Asyraf Wajdi bersama Pengerusi TH ketika itu, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan beberapa pihak lain ketika menghadiri majlis pemeteraian perjanjian lanjutan pajakan hotel di Madinah dan Makkah selama 10 tahun antara TH dengan syarikat Al-Rawda pada 2017.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








