BERITA SEMASADALAM NEGERI

TH perjelas inisiatif penjenamaan, pengurusan kekal ditadbir Bumiputera Muslim

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) menegaskan operasi dan pengurusan ibadat haji kekal ditadbir sepenuhnya oleh pasukan pengurusan Bumiputera Muslim, sekali gus menolak dakwaan yang cuba menimbulkan keraguan terhadap institusi itu.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Mustakim Mohamad berkata, pihaknya kini melaksanakan inisiatif penjenamaan semula bagi memperkasakan peranan TH sebagai institusi simpanan kewangan Islam pilihan umat Islam.

Menurutnya, langkah itu penting bagi memastikan pendeposit terus menabung secara konsisten, memandangkan kos menunaikan haji semakin meningkat, manakala kadar simpanan sebahagian besar pendeposit masih tidak mencukupi.

“Pengurusan TH dan urusan ibadat haji tetap dikendalikan oleh pasukan Bumiputera Muslim sepenuhnya. Namun, inisiatif penjenamaan yang kompleks ini memerlukan kepakaran teknikal daripada konsortium sokongan yang dibentuk oleh TH.

“Amalan ini juga sejajar dengan contoh sejarah Islam yang menekankan kepakaran dan kebijaksanaan dalam menguruskan urusan umat,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Mustakim menegaskan, TH perlu berevolusi dengan strategi operasi dan jenama yang relevan, efektif serta sesuai dengan perubahan demografi semasa bagi terus menjadi institusi simpanan berpaksikan pelanggan.

Sehubungan itu, TH menasihatkan orang ramai agar tidak mempercayai maklumat tidak sahih terutama yang disebarkan melalui video provokatif dengan tuduhan melulu berkaitan penjenamaan dan tadbir urus.

Sebaliknya, katanya, masyarakat digesa mendapatkan maklumat tepat hanya melalui saluran media sosial rasmi TH.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button