Simpanan Tabung Haji RM277,000 lesap diperdaya scammer
KUALA TERENGGANU – Seorang lelaki warga emas berusia 87 tahun berputih mata apabila wang simpanan Tabung Haji miliknya lesap akibat terpedaya dengan skim pelaburan yang tidak wujud.
Beliau yang juga seorang pesara membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu di sini pada pukul 4.55 petang semalam selepas menyedari dirinya ditipu.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asistan Komisioner Azli Mohd Noor berkata, lelaki warga emas itu telah melihat iklan skim pelaburan tersebut menerusi aplikasi WhatsApp pada pukul 11 pagi, 18 September tahun lalu.
“Mangsa yang tertarik dengan skim berkenaan telah menghubungi seorang wanita bagi mengetahui lebih lanjut mengenainya.
“Kemudian, mangsa membuat pelaburan menerusi pembayaran ke dua akaun bank diberikan suspek,” katanya dalam kenyataan hari ini.
BACA JUGA:
Duit pencen RM648,520 lesap ditipu scammer
Menurut Azli, pemindahan wang ke dalam akaun bank berkenaan dilakukan secara berperingkat antara 13 November hingga 24 Disember tahun lalu.
“Bagaimanapun, pesara terbabit akhirnya menyedari dirinya tertipu apabila tidak mendapat apa-apa keuntungan dijanjikan.
“Kes sedang disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







