JENAYAH & MAHKAMAH

Pelaburan palsu: Pesara rugi RM96,000, hampir empat tahun tunggu pulangan

KUALA TERENGGANU – Seorang pesara wanita kerugian RM96,000 selepas menjadi mangsa skim pelaburan tidak wujud yang disertainya sejak beberapa tahun lalu.

Mangsa berusia 63 tahun itu tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu pada pukul 8.30 malam semalam selepas menyedari dirinya diperdaya, sekali gus gagal memperoleh sebarang pulangan seperti dijanjikan.

Sebahagian daripada wang yang dilaburkan itu merupakan simpanan pencen miliknya.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asistan Komisioner Azli Mohd Noor berkata, mangsa pada mulanya ditawarkan skim pelaburan berkenaan menerusi aplikasi WhatsApp pada tahun 2022.

Menurut beliau, wanita itu yang tertarik dengan tawaran tersebut menyertai pelaburan berkenaan dan terus menambah modal sehingga 14 Mac lalu.

“Jumlah keseluruhan pelaburan yang dibuat mangsa adalah sebanyak RM96,000,” katanya memetik laporan Kosmo! Online.

Tambah Azli, mangsa telah melakukan kira-kira 50 transaksi ke dalam 15 akaun bank berbeza yang diberikan oleh suspek.

Beliau berkata, mangsa hanya menyedari dirinya ditipu apabila masih tidak menerima sebarang pulangan walaupun telah hampir empat tahun melabur dalam skim berkenaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button