Polis tahan 8 warga China kendali pusat panggilan scam
BERA – Polis menahan lapan warga China kerana disyaki mengendalikan pusat panggilan penipuan yang menyasarkan mangsa di negara mereka di sebuah hotel berhampiran Triang, di sini semalam.
Ketua Polis Bera, Superintenden Zulkiflee Nazir berkata, kesemua suspek berusia antara 28 hingga 39 tahun, termasuk dua wanita, ditahan sepasukan pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman bersama polis Bera.
Mereka ditahan di bilik berasingan di premis tersebut kira-kira pukul 2.15 petang, semalam.
Beliau turut memberitahu, suspek, yang bekerja sebagai operator pusat panggilan, telah menjadikan hotel tersebut sebagai pangkalan mereka sejak bulan lalu.
“Siasatan mendapati, mereka menggunakan aplikasi Telegram untuk mendapatkan maklumat mengenai individu yang berpotensi menjadi mangsa dan memperdaya individu di China supaya menyertai skim pelaburan.
“Polis turut merampas 19 telefon bimbit dan dua komputer riba daripada suspek. Kesemua mereka direman sehingga 1 Disember bagi membantu siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu, yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun, sebatan dan denda.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








