BERITA SEMASADALAM NEGERIJENAYAH & MAHKAMAH

Menyamar polis, sindiket ‘phone scam’ lesapkan lebih RM350,000 milik peniaga

TANGKAK – Seorang wanita kerugian lebih RM350,000 akibat menjadi mangsa penipuan sindiket ‘phone scam’ oleh individu menyamar sebagai polis.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Roslan Mohd Talib berkata, mangsa, yang merupakan peniaga kedai makan berusia 58 tahun mendakwa individu terbabit menghubunginya dan menuduhnya mangsa dalam aktiviti penggubahan wang haram.

“Akibat terpedaya dengan penyamaran itu, mangsa menyerahkan maklumat perbankan serta kata laluan satu kali (OTP) yang diterima daripada bank kepada suspek.

“Ini menyebabkan perbankan dalam talian milik mangsa diambil alih oleh pihak ketiga sehingga berlaku pemindahan wang berjumlah RM364,500 tanpa disedarinya.

“Berikutan itu, mangsa membuat laporan polis semalam bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu sehingga mendorong seseorang menyerahkan harta benda.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button