Polis tahan ibu muda disyaki dera anak berusia lima tahun
KUALA LUMPUR – Polis menahan seorang ibu muda selepas disyaki mendera anak kandungnya sendiri hingga cedera parah di sebuah kediaman di Sentul, di sini, Jumaat lalu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, kejadian itu terbongkar selepas pihaknya menerima satu laporan polis pada jam 10.53 malam, pada hari sama.
Bertindak atas laporan, Fadil berkata, polis kemudian menyelamatkam mangsa yang merupakan kanak kanak perempuan berusia lima tahun .
“Ekoran daripada laporan polis yang diterima, kanak-kanak itu diselamatkan dan ibu kandungngya yang berusia 21 tahun ditahan untuk siasatan.
“Mangsa mengalami kesan kecederaan yang teruk dan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan serta rawatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Fadil berkata, hasil pemeriksaan perubatan mendapati mangsa mengalami kecederaan lebam bahagian kepala, telinga, mata, badan, tangan serta kaki.
“Mangsa juga kehilangan gigi di depan, luka di bahagian peha kiri dan kanan, serta bibir yang kering dan berdarah.
“Suspek kini direman enam hari bermula Jumaat lalu hingga 8 Januari ini untuk siasatan lanjut,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








