BERITA SEMASAPMX

PM Anwar zahir ucapan takziah atas pemergian Ananda Krishnan

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah terhadap keluarga Pengerusi Usaha Tegas Sdn Bhd, Ananda Krishnan Tatparanandam atas pemergian beliau pada hari ini.

Perdana Menteri berharap agar kelurga pengasas bagi Maxis Communications dan Astro Malaysia Holdings itu tabah menghadapi dugaan tersebut.

“Terima perkhabaran pemergian mendiang Ananda Krishnan hari ini. Saya utus takziah buat keluarga mendiang dan semoga mereka tabah menghadapi dugaan ini,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook milik beliau hari ini.

Terdahulu, syarikat pegangan pelaburan Malaysia, Usaha Tegas Sdn Bhd memaklumkan bahawa Ananda Krishnan yang juga merupakan individu ketiga terkaya di Malaysia meninggal dunia hari ini pada usia 86 tahun.

Walau bagaimanapun, punca kematian Ananda Krishnan masih belum diumumkan.

Sementara itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan turut berkata, sumbangan mendiang dalam dunia korporat, filantropi dan kemasyarakatan pasti akan terus diingati.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button