PN terima notis RoS, beri penjelasan sebab tidak patut dibatalkan
KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) difahamkan menerima notis daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) semalam, memohon penjelasan mengapa gabungan parti itu tidak patut dibatalkan dalam tempoh 30 hari.
Laporan BH Online yang memetk sumber berkata, notis berkenaan sudah dimaklumkan kepada Pengerusi PN, Setiausaha Agung PN dan semua parti komponen PN, semalam.
“Ya saya sahkan perkara itu tepat namun tidak pasti kepada siapa notis berkenaan diserahkan ROS, sama ada pengerusi atau SUA.
“Saya dimaklumkan SUA juga akan mengeluarkan kenyataan berhubung isu ini,” katanya dalam laporan tersebut, hari ini.
Turut difahamkan, antara maklumat terkait dalam notis itu adalah beberapa parti komponen PN turut menerima arahan supaya tidak menggunakan logo gabungan itu dalam sebarang aktiviti sehingga Pendaftar Pertubuhan membuat keputusan muktamad.
RoS sebelum ini mengesahkan menerima aduan rasmi BERSATU pada 11 Ogos lalu antaranya berkaitan dakwaan parti itu tidak dibabitkan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi PN pada 16 Julai dan isu status keanggotaannya dalam gabungan itu.
Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Sabtu lalu turut meminta RoS membuat keputusan segera terhadap aduan yang dikemukakan parti itu, termasuk dakwaan lapan perkara yang didakwa dilanggar pimpinan PN.
Difahamkan, RoS akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi dalam masa terdekat.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








