
Muhyiddin Yassin letak jawatan Pengerusi PN
KUALA LUMPUR – Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) selepas pengumuman dibuat beliau, malam tadi.
Memetik laporan BH Online, peletakan jawatan Muhyiddin itu disahkan Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Ketua Penerangannya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz.
Difahamkan, bekas Perdana Menteri itu memaklumkan mengenai perkara berkenaan, melalui kumpulan WhatsApp Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti, malam tadi.
“Tan Sri memaklumkan mengenai perkara itu malam tadi,” kata Tun Faisal ringkas kepada BH.
Keputusan itu dibuat ketika ketegangan memuncak antara PAS dan BERSATU, susulan tindakan pemimpin BERSATU di Perlis yang memulakan percubaan rampasan kuasa sehingga menyebabkan PAS kehilangan penguasaan ke atas kerajaan negeri itu.
Sejak itu, pemimpin PAS mengancam sama ada akan meninggalkan PN dan mencari pakatan baru bersama UMNO, atau mengambil alih sendiri kepimpinan PN.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








