BERITA SEMASA

PM sedia mohon maaf jika maklumat tidak sahih

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau bersedia memohon maaf kepada Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin sekiranya siasatan mendapati maklumat yang diterimanya berhubung isu pemberian subsidi minyak kepada warga asing tidak benar.

Anwar berkata, pihaknya menunggu keputusan siasatan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sebelum membuat sebarang tindakan lanjut.

“Saya tiada masalah. Kalau dipastikan tiada sumber sahih, itu memang satu kesilapan dan saya tidak keberatan untuk memohon maaf.

“Tetapi tolong siasat dahulu sama ada sahih atau tidak. Jika tidak sahih, maka kenyataan itu tidak benar. Kita tunggu keputusan MCMC,” katanya pada sesi pertanyaan jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan dikemukakan Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) berhubung kenyataan yang dibuatnya minggu lalu.

Sebelum ini, Anwar mendakwa Muhyiddin mempertahankan pemberian subsidi minyak kepada warga asing dengan alasan mereka turut menyumbang kepada negara.

Bagaimanapun, Muhyiddin menafikan dakwaan tersebut dan menganggap ia satu fitnah.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button