Malaysia tumpu kepakaran semikonduktor, kewangan Islam dominasi pasaran global
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia akan memperkukuh kedudukan sebagai peneraju global dalam sektor semikonduktor dan kewangan Islam, sejajar dengan hala tuju strategik negara untuk 2025.
Berucap di Forum Ekonomi Malaysia 2025 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, Anwar berkata, Malaysia memiliki kelebihan geografi dan neutraliti yang menjadikan negara ini hab semula jadi bagi pelaburan dan kerjasama antarabangsa.
“Pada tahun 2025, kita mahu memperhalusi kepakaran kita dalam sektor minyak dan gas, semikonduktor dan kewangan Islam.
“Malaysia harus muncul sebagai pemimpin pasaran global dalam bidang ini,” tegasnya.
Tambah beliau, pelaburan besar-besaran dalam sektor semikonduktor telah menjadikan Malaysia pemain utama dalam rantaian bekalan global.
“Kita sedang menyaksikan lonjakan pelaburan strategik dalam semikonduktor, memperkukuh kedudukan negara dalam industri teknologi tinggi,” katanya lagi.
Anwar berkata, sektor kewangan Islam pula diiktiraf sebagai salah satu kekuatan unik Malaysia.
“Sebagai peneraju dalam kewangan Islam, Malaysia akan terus menawarkan model kewangan yang inklusif dan beretika, yang selaras dengan keperluan global hari ini,” katanya lagi.
Malaysia kini bersedia untuk mengukuhkan ekonomi melalui strategi berasaskan nilai yang menggabungkan pertumbuhan ekonomi dengan keadilan sosial dan inklusiviti, sambil memanfaatkan kedudukan strategik di rantau ASEAN.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








