SUKAN

Arrifin ketuai MSN, Jefri Ngadirin Pesuruhjaya Sukan baharu

PUTRAJAYA – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengumumkan pertukaran tugas antara Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Jefri Ngadirin dan Pesuruhjaya Sukan, Arrifin Mohd Ghani, berkuat kuasa hari ini.

Menerusi penstrukturan semula itu, Arrifin dilantik sebagai Ketua Pengarah MSN, manakala Jefri pula menggalas tugas sebagai Pesuruhjaya Sukan.

jefri ngadirin
YBhg. Dato’ Rahimi bin Ismail, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan menyampaikan surat lantikan kepada Encik Jefri Ngadirin yang dilantik sebagai Pesuruhjaya Sukan yang baharu.

KBS memaklumkan, penstrukturan berkenaan bertujuan memperkasa dan memperkukuh tadbir urus agensi di bawah kementerian itu.

Menurutnya, perubahan penempatan pegawai kanan berkenaan diyakini dapat meningkatkan kecekapan pengurusan serta memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan.

“Langkah itu juga diharap dapat membantu pelaksanaan dasar dan inisiatif pembangunan sukan negara dengan lebih berkesan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, KBS merakamkan penghargaan atas khidmat dan sumbangan kedua-dua pegawai berkenaan serta berharap mereka dapat meneruskan komitmen dalam melaksanakan tanggungjawab baharu demi kemajuan ekosistem sukan negara.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button