
Gemuruh punca atlet kita gagal lakukan ‘personal best’ – Hannah Yeoh
KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mendedahkan ramai daripada atlet Paralimpik Paris 2024 negara berdepan perasaan gemuruh ketika beraksi di pentas sukan berprestij itu.
Beliau berkata, dalam pertemuan beliau dengan atlet Paralimpik ada yang meminta maaf kerana gagal menyumbang pingat untuk negara.
“Ada yang meminta maaf kerana mereka terlalu ‘nervous’ sehingga tidak dapat melakukan ‘personal best’ mereka.
“Ramai atlet para 18 daripada 30 orang kali pertama ke Sukan Paralimpik 2024,” katanya dalam hantaran di Facebook beliau hari ini.

Hannah berkata, sepanjang berada di temasya sukan itu, beliau kerap bertemu dan bertanyakan setiap atlet untuk memahami setiap keperluan dan penambahbaikan yang diperlukan.
Tambahnya, beliau akan mengadakan pertemuan dengan atlet negara sebaik sahaja tiba di tanah air untuk memberikan dorongan supaya mereka tidak kecewa dan putus asa.
“Yang belum berjaya hari ini, mereka merupakan pelaburan sukan Paralimpik LA2028. Atlet para perlu mengatasi pelbagai cabaran peribadi untuk mewakili Malaysia di pentas dunia.
“Atlet para istimewa dan luar biasa. Majlis Sukan Negara Malaysia akan terus usahakan yang terbaik untuk mereka,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








