POLITIK

Anwar sertai kempen PRN Negeri Sembilan di empat lokasi hari ini

SEREMBAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan menghadiri empat program kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan di sekitar Seremban dan Paroi hari ini.

Menurut jadual yang dikongsikan di media sosial, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu akan memulakan program pada jam 4 petang menerusi sesi Santai Petang Bersama Warga Ampangan di Benteng @ Medan Selera Ampangan.

Beliau kemudiannya dijadual menghadiri Program Jelajah Rakan Muda di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sembilan (KOMBES), Paroi pada jam 5 petang.

Pada sebelah malam, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu akan menghadiri Majlis Makan Malam Perpaduan DUN Sikamat di Taman Sri Penaga pada jam 8 malam.

Anwar seterusnya akan menyertai Ceramah Perdana Pakatan Harapan DUN Paroi di Taipan 2, Pusat Bandar Senawang.

Kehadiran beliau ke Negeri Sembilan kali ini merupakan yang pertama bagi menyertai kempen PRN Negeri Sembilan sejak tempoh berkempen bermula.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 28 Julai sebagai hari pengundian awal manakala hari pengundian bagi PRN Negeri Sembilan adalah pada 1 Ogos depan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button