LUAR NEGARA

Wanita ditemukan selamat selepas 10 hari banjir di Nepal

KUALA LUMPUR Seorang wanita berusia 64 tahun ditemukan hidup selepas dipercayai tertimbus selama 10 hari di dalam rumahnya yang dipenuhi lumpur dan runtuhan susulan bencana banjir besar di kawasan sempadan Nepal-Tibet, baru-baru ini.

Chandrika Shrestha diselamatkan pasukan Armed Police Force Nepal pada Sabtu selepas rumahnya di daerah Nuwakot dilanda banjir lumpur yang memusnahkan sebahagian daripada struktur bangunan kediamanannya.

Detik berkenaan mencetuskan kegembiraan dalam kalangan anggota penyelamat yang bertungkus-lumus mencari mangsa selepas bencana melanda negara itu pada 26 Ogos lalu.

Shrestha ditemui dalam keadaan berlumuran lumpur dan tidak bermaya sebelum diterbangkan ke Kathmandu untuk menerima rawatan lanjut.

Anggota penyelamat sebelum ini turut menyelamatkan seorang lelaki warga China yang ditemukan hidup di dalam terowong Projek Hidroelektrik Upper Trishuli-1 di daerah Rasuwa, Nepal.

Penemuan itu memberi harapan baharu kepada pasukan penyelamat yang masih menjalankan operasi mencari ribuan individu yang hilang selepas banjir dan runtuhan lumpur melanda beberapa kawasan di Nepal.

Setakat ini, lebih 1,300 orang dilaporkan terkorban manakala lebih 5,000 lagi masih hilang, dengan operasi mencari dan menyelamat terus dipergiatkan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button