Wanita hilang selepas lawat suami di hospital ditemukan selamat
KUALA LANGAT – Wanita yang dilaporkan hilang selepas melawat suaminya di Hospital Shah Alam (HSA) pada Sabtu lalu ditemukan selamat apabila kembali ke hospital berkenaan pada petang ini.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Ramsay Embol mengesahkan perkara itu dan memaklumkan wanita berusia 41 tahun berkenaan kini berada bersama keluarganya.
“Ya, wanita itu telah dijumpai selamat. Ahli keluarganya sedang dalam perjalanan ke balai polis bagi tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi.
Sementara itu, adik mangsa, Nadia berkata, kakaknya, Nurul Nazla Abdul Halim, muncul di Hospital Shah Alam untuk bertemu suaminya kira-kira pukul 6.30 petang.
“Abang ipar memaklumkan kakak saya sudah kembali dan berada di hospital. Setakat ini, kami sekeluarga masih tidak mengetahui ke mana dia pergi sebelum ini,” katanya ringkas.
Sebelum itu, media melaporkan polis menerima laporan kehilangan Nurul Nazla selepas wanita berkenaan keluar dari Hospital Shah Alam kira-kira pukul 2 petang pada Sabtu, selepas melawat suaminya yang sedang menerima rawatan.
Menurut Ramsay, laporan kehilangan dibuat oleh adik mangsa pada pukul 12.06 tengah malam Ahad, dengan siasatan awal mendapati kali terakhir Nurul Nazla berhubung dengan suaminya adalah sekitar pukul 3 petang pada hari sama menerusi aplikasi WhatsApp.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








