BERITA SEMASAKEMENTERIAN KOMUNIKASI

Kerajaan Negeri Sembilan kekal stabil, operasi pentadbiran berjalan seperti biasa – PM

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan kekal stabil dan berjalan seperti biasa meskipun timbul perkembangan mutakhir berkaitan isu politik di negeri itu.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, perkara tersebut dimaklumkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini yang turut membincangkan kedudukan politik serta pentadbiran kerajaan negeri berkenaan.

Menurut beliau, Kerajaan Persekutuan tidak akan mencampuri urusan berkaitan adat, sebaliknya memberi penegasan bahawa pentadbiran negeri dan kerajaan persekutuan terus berfungsi tanpa sebarang gangguan.

“Perdana Menteri menegaskan bahawa kerajaan Negeri Sembilan berjalan seperti biasa.

“Kerajaan Persekutuan tidak akan mencampuri isu berkaitan adat,” katanya dalam sidang media, di sini hari ini.

Berhubung kedudukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO Barisan Nasional di Negeri Sembilan, Fahmi berkata, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah memaklumkan kepada Jemaah Menteri bahawa beliau akan mengadakan pertemuan bersama semua ADUN terlibat dalam masa terdekat.

“Jemaah Menteri turut dimaklumkan bahawa Kerajaan Persekutuan dan negeri-negeri termasuk Negeri Sembilan tidak terjejas dan berjalan seperti biasa,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button