BERITA SEMASA

Anwar luang masa teliti perancangan pembentangan Belanjawan 2026

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa di Kementerian Kewangan hari ini sebagai persediaan untuk pembentangan Belanjawan 2026.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, pertemuan dengan pasukan Perbendaharaan itu adalah bagi meneliti perancangan untuk Belanjawan MADANI keempat kerajaan.

“Hari ini saya berada di Kementerian Kewangan bersama pasukan Perbendaharaan, memberi tumpuan kepada persiapan Belanjawan MADANI keempat bagi tahun 2026,” kata Anwar dalam satu hantaran di akaun Facebook miliknya, hari ini.

Turut kelihatan dalam gambar yang dikongsikan dalam hantaran tersebut ialah Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican.

Menurut laman rasmi Parlimen, Anwar dijadualkan membentangkan Belanjawan 2026 pada pukul 4 petang, 10 Oktober ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button