PM rasmi Menara FINAS di Damansara Damai
PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan Menara Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) di Damansara Damai hari ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, bangunan yang dibangunkan di atas tapak seluas 5.14 ekar itu mula dibina pada 20 Januari 2021 dan kini menjadi hab baharu industri perfileman negara.
Menurutnya, Menara FINAS dilengkapi pelbagai kemudahan moden termasuk Dewan Panca Delima, dua studio sound stage, Pawagam Digital P. Ramlee, ruang latihan, Mediatheque, Museum of Moving Image serta Film Vault.
“Film Vault berfungsi sebagai pusat simpanan bahan arkib audiovisual negara yang kini menempatkan sebanyak 81,770 koleksi.
“Menara FINAS ini menerima Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) pada 18 Disember 2025 serta Perakuan Siap Kerja pada 22 Mei 2026.
“Selepas proses perpindahan dilakukan secara berperingkat, FINAS mula beroperasi sepenuhnya di menara ini pada 6 Ogos 2026,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Menara FINAS Damansara hari ini.
Beliau berkata, kemudahan baharu itu dijangka memperkukuh pembangunan industri kreatif negara selain menjadi pusat rujukan dan pemeliharaan khazanah audiovisual Malaysia.
Majlis perasmian tersebut turut menandakan komitmen kerajaan dalam memperkasakan sektor perfileman dan kandungan kreatif tempatan sejajar dengan perkembangan teknologi serta keperluan industri semasa.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








