BERITA SEMASA

Integriti dalam tadbir urus, keberanian politik jadi asas utama kerajaan

KUALA LUMPUR – Tadbir urus berintegriti dan keberanian politik merupakan asas utama kerajaan dalam mendepani cabaran dunia yang kini memasuki era pasca normal.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, kerajaan perlu berani melaksanakan dasar baharu yang berpaksikan keadilan, kemanusiaan dan ketelusan bagi memastikan pertumbuhan ekonomi dapat dirasai secara menyeluruh oleh semua lapisan masyarakat.

“Tadbir urus menjadi tugas saya bagaimana untuk ubah, mencabar politik dan perniagaan yang dahulunya membazir tanpa dikenakan sebarang hukuman, berurusan dengan orang yang mempunyai pengaruh dengan rangkaian antarabangsa,” kata Anwar.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucap tama pada Forum Ilmu PNB 2025, di sini hari ini.

Perdana Menteri turut menambah, hasil daripada langkah memperkukuh institusi penguatkuasaan, kerajaan berjaya mengekang ketirisan serta aktiviti penyeludupan bernilai RM15.5 bilion menerusi tindakan tegas terhadap sindiket dan kartel yang telah lama beroperasi.

Beliau turut berkata, keputusan kerajaan menghentikan subsidi ayam bernilai RM1.1 bilion setahun bertujuan menamatkan kebergantungan kartel terhadap dana awam dan memastikan bantuan hanya disalurkan kepada golongan benar-benar memerlukan.

“Bermula dengan tadbir urus… dasar ini boleh diserap dan dilaksanakan dengan jayanya,” katanya lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri menegaskan kerajaan akan memastikan rakyat di luar bandar tidak tersisih dalam era kecerdasan buatan (AI) dan transformasi digital, terutama dari segi akses serta peluang yang ditawarkan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button