BERITA SEMASA
Ustaz Abdul Halim Din meninggal dunia
KUALA LUMPUR – Penceramah, Ustaz Abdul Halim Din meninggal dunia pada pukul 11.55 malam malam tadi di Hospital Shah Alam.
Perkara itu dimaklumkan menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook Maahad Tahfiz Al-Khalidi oleh ahli keluarganya.
Menurut kenyataan itu, solat jenazah Allahyarham akan dilaksanakan selepas solat Zohor di Surau Bukit Kuda, hari ini.
Ahli keluarga turut memohon semua pihak mendoakan agar Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarham, merahmati beliau, melapangkan kuburnya serta menempatkannya dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh.
“Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya kami kembali,” katanya.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








