LUAR NEGARA

Bintang Hollywood, Eric Dane meninggal dunia pada usia 53 tahun

LOS ANGELES – Pelakon Hollywood, Eric Dane yang mencipta nama menerusi siri hit Grey’s Anatomy dan Euphoria dilaporkan meninggal dunia pada usia 53 tahun.

Menurut The Hollywood Reporter, Dane menghembuskan nafas terakhir semalam akibat penyakit amyotrophic lateral sclerosis (ALS).

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh keluarga mendiang, Dane pergi buat selamanya setelah hampir setahun berjuang melawan penyakit yang dikenali sebagai Lou Gehrig itu.

“Dengan hati yang berat, kami berkongsi bahawa Eric Dane telah meninggal dunia pada petang Khamis selepas perjuangan berani melawan ALS.

“Mendiang menghabiskan hari-hari terakhirnya dikelilingi rakan-rakan rapat, isteri tercinta dan kedua-dua anak perempuannya, Billie dan Georgia yang merupakan pusat kehidupannya,” menurut kenyataan keluarganya.

Dane mula berkongsi secara terbuka tentang diagnosis ALS beliau pada April 2025 dan sejak itu beliau aktif sebagai suara kepada pesakit lain serta memperjuangkan kesedaran dan penyelidikan berkaitan penyakit tersebut.

Pelakon itu terkenal menerusi watak ikoniknya sebagai Dr Mark Sloan dalam Grey’s Anatomy serta peranan pentingnya sebagai Cal Jacobs dalam siri Euphoria.

Kejayaannya di Hollywood menjadikan beliau antara figura popular di peringkat antarabangsa.

Keluarga mendiang turut memohon agar diberikan ruang privasi ketika melalui saat sukar ini, sambil menyatakan ucapan terima kasih atas sokongan dan penghargaan yang diterima daripada peminat di seluruh dunia.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button