JENAYAH & MAHKAMAH

Anggota polis ditemukan meninggal dunia di pangsapuri

KAJANG – Seorang anggota polis ditemukan meninggal dunia di sebuah pangsapuri di Bandar Mahkota Cheras, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, jasad anggota berpangkat lans koperal berusia 37 tahun dari Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) itu ditemukan rakannya.

“Rakan simati dikatakan mencarinya kerana didapati tidak hadir bekerja. Pihak kami menerima maklumat pada pukul 11.59 pagi daripada seorang anggota polis berusia 20 tahun yang juga rakan setugas si mati.

“Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dipanggil ke lokasi untuk membantu membuka pintu rumah berkenaan.

“Pemeriksaan ke atas unit tersebut menemukan anggota itu berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan Hospital Kajang yang tiba di lokasi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jasad kemudiannya dihantar ke Hospital Kajang untuk bedah siasat dan punca kematian disahkan akibat saluran jantung tersumbat.

Katanya, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes itu untuk menyalurkannya dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Zharif Shah Ab Rashid melalui talian 012-5925390 atau tampil ke Balai Polis Kajang untuk membantu siasatan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button