BERITA SEMASA

Remaja perempuan warga Pakistan ditemukan maut

Dipercayai jatuh dari tingkat 20 bangunan pangsapuri

KUALA LUMPUR – Seorang remaja perempuan warga Pakistan ditemukan maut setelah dipercayai terjatuh dari tingkat 20 sebuah pangsapuri di Bandar Baru Sentul, di sini semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu, lewat petang semalam.

“Ketika kejadian, remaja terbabit dikatakan berada di rumahnya bersama ibu serta adiknya.

“Difahamkan adik remaja berkenaan ada melihat kakaknya itu berada di balkoni sebelum mendengar jeritan orang awam,” katanya, hari ini.

Ahmad Sukarno menambah, remaja berkenaan masih bersekolah dan tinggal bersama keluarganya di rumah terbabit.

“Semakan mendapati remaja berkenaan mempunyai pasport.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button