
Pemilik Sabasun meninggal dunia
KUALA LUMPUR – Pengarah Urusan Sabasun Hyperruncit Sdn Bhd, Che Salmi Che Ibrahim dilaporkan telah kembali ke rahmatullah, di sini pada sekitar pukul 4.45 pagi tadi.
Perkara itu disahkan Pengasas Tarbiah Kreatif, Izzuddin Ismail menerusi satu kenyataan di Facebook.
“Menerima perkhabaran duka pagi ini. Telah pergi ke rahmatullah Abang Long, Che Salmi Ibrahim yang merupakan pemilik Sabasun Hyperruncit Sdn Bhd Official.
Semoga Allah merahmatinya, mengampuni segala dosanya dan ditempatkan bersama para solihin,“ katanya, hari ini.
Dalam pada itu, Izzuddin berkata bahawa arwah sebelum ini telah banyak menghulurkan sumbangan kebajikan kepada masyarakat Islam termasuk rakyat Palestin.
“Pemergiaan Allahyarham cukup dirasai. Perjuangan jihad bisnesnya memajukan rantaian ekonomi ummah.
“Sifat dermawannya yang sentiasa menghulurkan tangan dalam membantu masyarakat melalui pelbagai program kebajikannya termasuk bersama Yayasan Amal Malaysia & Pusat Dakwah Serantau (PDS). Bahkan juga merupakan antara penyumbang terbesar buat saudara kita di Palestin,” ujarnya.
Sementara itu, Muammar Qazafi menerusi satu hantaran di Facebook berkata jenazah akan dibawa pulang dan dikebumikan di Kuala Terengganu.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








