Lelaki maut akibat letupan tangki helium ketika kimpal besi buruk
KAJANG – Seorang lelaki tempatan berusia 49 tahun maut dipercayai selepas tangki helium meletup ketika dia melakukan kerja kimpalan di sebuah kilang barang lusuh di Persiaran Sungai Chua, di sini hari ini.
Dalam kejadian pada pukul 11.53 pagi itu, mangsa mengalami kecederaan parah dari bahagian pinggang ke bawah serta pendarahan teruk akibat letupan berkenaan.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 11.53 pagi.
Menurutnya, seramai lima anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira lima kilometer dari balai.
“Pasukan bomba tiba di lokasi tujuh minit kemudian dan mendapati mangsa berusia 49 tahun mengalami kecederaan parah pada bahagian pinggang ke bawah serta pendarahan teruk.
“Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








