Kerangka siasatan mafia korporat dibentang minggu depan
PUTRAJAYA – Kerajaan dijangka membentangkan kerangka terma rujukan bagi pasukan khas yang akan menyiasat dakwaan berkaitan mafia korporat dalam mesyuarat Jemaah Menteri minggu depan.
Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mesyuarat Kabinet yang dipengerusikannya hari ini.
Menurutnya, kerangka berkenaan akan menjadi panduan kepada pasukan khas berkenaan dalam menjalankan siasatan terhadap dakwaan yang dibangkitkan.
“Perdana Menteri memaklumkan kepada Jemaah Menteri bahawa dalam isu mafia korporat, kerangka terma rujukan bagi pasukan khas yang akan menyiasat dakwaan berhubung isu terbabit akan dibentangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada minggu hadapan,” katanya pada sidang media pasca mesyuarat Jemaah Menteri di sini, hari ini.
Perkembangan itu susulan perhatian terhadap dakwaan kegiatan mafia korporat yang memerlukan penelitian dan siasatan lanjut bagi memastikan perkara berkenaan ditangani secara teratur.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








