PMX

PM mengadap Agong sempena mesyuarat Pra-Kabinet

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima mengadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersempena mesyuarat Pra-Kabinet.

Beberapa keping gambar memaparkan pertemuan yang berlangsung di Istana Negara itu dimuat naik di Facebook rasmi milik Seri Paduka, hari ini.

Sebagai rekod, pertemuan tersebut merupakan kali ketiga selepas Sultan Ibrahim mengangkat sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-17 pada 31 Januari lalu.

Sebelum ini, Anwar yang juga Menteri Kewangan mengadap Seri Paduka Baginda bersempena mesyuarat tersebut pada 6 Februari diikuti dengan 23 April lalu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button