JENAYAH & MAHKAMAH

Polis tahan tujuh warga asing disyaki terlibat kes penipuan pelaburan

KUCHING – Polis menahan tujuh warga asing bagi membantu siasatan berhubung kegiatan sindiket pusat panggilan yang disyaki menjalankan penipuan pelaburan dalam talian tidak wujud, di sini.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu berkata, kesemua suspek terdiri daripada enam lelaki dan seorang wanita berusia antara 33 hingga 44 tahun itu direman selama tiga hari bermula hari ini.

Beliau berkata, mereka ditahan dalam serbuan di sebuah kediaman di Jalan Datuk Tawi Sli lewat malam tadi.

“Peralatan komputer, telefon bimbit serta peranti berkaitan yang dipercayai digunakan bagi menjalankan kegiatan berkenaan turut ditampas,” katanya menerusi satu kenyataan.

Semakan dan analisis awal mendapati sindiket terbabit menyasarkan mangsa dari negara jiran.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button